Isnin, 28 Mei 2018

MENGENALI CAMAR PUTIH: hormati prinsip pancabeza dan ketaksamaan

Assalamu'alaikum kepada saudara se-Islam,
Selamat sejahtera kepada yang belum Islam.

INSAN ialah makhluk sosial: senantiasa mendefinisi diri sendiri yang dihimpit oleh jalur kehidupan dalam mengkonsepsikan alam ini. Sebenarnya, tanggapan tentang alam telah mendorong insan menjadi lebih peka, sensitif, dan responsif terhadap persekitaran yang terhidang di atas satu zat paksi, paling simbolik dan paling bermakna. Dalam setiap detik, perspepsi yang dijejaki sudah tentu sarat dengan prinsip ketaksamaan. Prinsip inilah yang menzahirkan perbezaan lisaniah, jurus pandangan dan pemikiran, sama ada di titian adat mahupun di titian syariat.
     Pada satu sisi yang lain, pandangan hidup merupakan umbi dan teras paling kukuh dalam mencipta sesebuah tamadun, sama ada tamadun itu dipacak teguh atau sebaliknya goyah dan rapuh. Setiap insan sudah pasti menuntut tamadun paling luhur dan paling suci untuk dinilai-terima bak seekor CAMAR PUTIH yang belum disentuh.

Selamat melayani blog CAMAR PUTIH.

Hormat daripada;
ABD AZIZ KUALA NERUS
(formerly known as ABD AZIZ PURBA)
...belajar adalah ratib yang tidak berpenghujung.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Berbeza pandangan itu Rahmat...come mengambil uslub berbeza pandangan maka lame kelamaan tiada titik persamaan...berbeza pandangan dgn meletakkan asas berbeza dan natijah daripada perbezaan itu adalah satu titik permulaan utk berbeza pandangan dgn meletakkan natijah mjadi keutamaan...ruang perbezaan mjd juzuk yg kechik dang barangkali menemui jalan persamaan dlm sesuatu isu...dgn meletakkan natijah kpd ISLAM di hadapan maka terkadang berbeza pendapat menemui keakuran dan kesaksamaan pendapat...

A AZIZ Purba berkata...

Ya...mungkin ada kebenarannya. Telusuri blog sebelah saya azizpurba.blogspot.com

CAMAR PUTIH 3: Ramadhan Hadir Untuk Pergi Lagi

Refleksi@Muhasabah Binafsih Jika Ini Ramadan Terakhirku, Adakah Aku Bersedia? ​Menghampiri Ramadan pada usia kita sekarang terasa berbeza. S...